Thursday, July 16, 2009

INGINKAN PERUBAHAN ?

.... cuba sesuatu yang baru

Manusia ialah insan yang mempunyai 'tabiat' – sering mengulangi perkara-perkara yang sama.

Sebagai contoh, apabila pergi makan di restoran, seringkali anda memesan makanan yang sama, lauk yang sama dan minuman yang sama. Apabila pergi bersiar-siar, sering pergi ke shopping complex yang sama.

Dari semasa ke semasa, pecahkan tabiat anda kerana ia akan memberi momentum kepada diri anda mencuba sesuatu yang baru dan berlainan. Walaupun tabiat mudah seperti memesan makanan yang lain, ia akan memberi perasaan "mencuba sesuatu yang anda tidak tahu" kepada diri anda.

Dan sekiranya anda sudah amat selesa dengan kerja makan gaji apa kata pecahkan tabiat itu dengan merancang sebuah perniagaan.

Buat perancangan sahaja.. jangan pula berhenti kerja dan mulakan perniagaan terus.

Latihan-latihan kecil ini akan membuka minda anda untuk mencuba sesuatu di luar zon selesa anda. Keluar dari zon selesa ialah langkah-langkah awal untuk mencapai kejayaan yang lebih HEBAT !!

Sedikit masa yang anda luangkan mungkin boleh merubah hidup anda di masa depan.

Kami komited ingin melihat anda berjaya.


3 comments:

  1. talking bout stepping out from comfort zone kite -- saya stuju sesangat!!!

    ReplyDelete
  2. tertarik dengan "jangan pula berhenti kerja dan mulakan perniagaan terus"..

    Ada pro n kon.. Uhuhu.. Yang penting, kena rasa dulu kedua-dua pengalaman..

    Kerajaan pun mmg tak habis-habis menjana usahawan, tpi terlupa nak jana pembeli.. ending dia usahawan yang ramai, pembeli yang makin kurang..

    ReplyDelete